Sunday, September 28, 2014

Coretan KIBW Vol 6 2014

As salam utk semua bikers kental Malaya..

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana KIBW telah melabuhkan sayapnya dengan pelbagai kenangan manis dan pahit..gua harap korang simpan yg manis dan buang yg pahit.  Sebagai manusia biasa AJK x kan dpt lari dr mlakukan kesilapan dan kami berharap agar kesilapan tersebut akan kami jadikan panduan dan sempadan dimasa hadapan.

Dikesempatan ini juga gua ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kepada semua yg terlibat secara langsung dan x langsung.  Gua juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa bikers yg memberi sokongan dari jauh walau x dpt dtg ke KIBW..sokongan anda semua memberikan kekuatan kpd kami.

Malam ni juga gua memantau di muka buku gua bagi memastikan semua riders selamat sampai kepangkuan keluarga masing2..gua juga memanjatkan doa agar bro n sis dijauhi dari sebarang perkara yg x dingini.

Gua juga doakan agar beberapa bikers kita yg mengalami kecelakaan agar cepat sembuh dan dikuatkan semangat bagi menempuhi tempoh yg sukar utk seketika. Apa2 pon kalian adalah yg terbaeek..tanpa kalian siapalah KIBW.

Gua semakin merindukan suasana yg kita semua bikers wujudkan di KIBW Vol 6 2014..

Ok lah gua juga ingin melelapkan mata buat seketika setelah sekian lama bergelumang bersama AJK lain bg memastikan KIBW Vol 6 2014 adalah terbaik n dapat meninggalkan secebis kenangan dlm hati korang..

Sekian

Lps ni gua akan cuba uploadkan beberapa moment yg telah diambil semasa KIBW..semoga kenangan ini terus subur dlm ingatan sbg kenangan terindah dlm diri korang.

No comments:

Post a Comment