Friday, October 10, 2014

As salam

KIBW 2014 sudah berlalu dengan pelbagai kenangan yang indah dan tentunya ada juga kenangan yang x brapa indah utk korang semua..apa-apa pun ramai lagi yang masih bercerita tentang KIBW Vol 6 ni..terutamanya pihak pengajur yang masih lagi membuat tinjauan tentang keberkesanan dan juga kekurangan supaya ianya dapat diatasi utk KIBW pd masa hadapan.  Penambahbaikan juga perlu berdasarkan post mortem yang telah dibuat.

          Beberapa hari lepas gua melewati bekas tapak KIBW Vol 6...gua rasa macam terbayang2 lagi kemeriahan yg terdapat di situ semasa KIBW br ni..emm..maybe krn family KIBW bekerja bermati-matian utk menjayakan KIBW baru-baru ni..apa taknya..memandangkan bujet yg ciput dan belanja yg diperlukan besar..maka kebanyakan AJK berkerja sambil berlari dan masing2 memerah otak dan keringat demi menjayakan KIBW.

          Gua masih ingat satu peristiwa dimana salah seorang AJK telah memberikan satu idea yg amat kreatif utk mendapatkan duit bagi KIBW..maka semua AJK berkejar2 utk mendapatkan sponsor bagi menampung kewangan KIBW.  Alhamdulillah berkat doa dan usaha yang ikhlas, maka sedikit sebanyak dapat le juga KIBW berjalan sepertimana yg dirancang.

          OK lah dulu utk coretan gua pd kali ni..apa-apa pun gua tetap respect pada semua bikers yang begitu memberi sokongan terhadap local event..cuma gua terkilan coz x dpt berkenalan dgn korang semua memandangkan pd hari event kami terutamanya AJK terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap agenda KIBW..apa-apa pon salute n respect bross.

Chowwww..